PKPB: MBPP harap aktiviti makan dalam premis patuhi SOP #COVID19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa

PKPB: MBPP harap aktiviti makan dalam premis patuhi SOP Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengharapkan semua premis makanan di pusat beli-belah, hotel dan outlet makanan segera di negeri ini mematuhi 14 langkah keselamatan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan sebelum membenarkan aktiviti makan di dalam premis (dine-in).

Sepasukan pegawai bahagian pelesenan MBPP hari ini melakukan pemeriksaan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Masjid Negeri di sini, untuk memastikan persiapan telah dilakukan bagi membolehkan pelanggan makan di dalam premis bermula esok, termasuk merekodkan maklumat pelanggan dan pekerja, kedudukan meja perlu dijarakkan dua meter dan tidak menawarkan hidangan bufet. 

Pegawai Kesihatan Kanan Goh Eng Chun berkata pihak berkuasa akan memeriksa semua outlet makanan segera di pulau itu hari ini untuk memastikan kesihatan dan keselamatan awam diberi keutamaan. 

“Kami akan melakukan pemeriksaan serupa di tempat makan dalam pasar raya dan pusat beli-belah esok,” katanya kepada pemberita dan menambah telah mengenal pasti 13 pasar raya dan pusat beli-belah di pulau itu.

Katanya bagi jenis perniagaan seperti kedai kopi dan kafe masih belum dibenarkan untuk aktiviti makan di dalam premis buat masa ini. 

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers