Peruntukan RM170,000 selenggara kawasan tadahan air graviti di Tuaran #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa

Peruntukan RM170,000 selenggara kawasan tadahan air graviti di Tuaran Sebanyak RM170,000 telah diperuntukkan bagi  menaik taraf  kawasan tadahan air graviti dan membaik pulih tangki air di Kampung Penimbawan di sini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata peruntukan itu bagi mengatasi masalah bekalan air di kampung itu yang tidak mampu menampung keperluan penduduk di situ.

"Kita sedang berusaha sedaya  upaya untuk memastikan ia segera ditangani kerana kita mahu menyelesaikan masalah ini sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan bantuan makanan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di sini, hari ini.

Madius berkata selain Kampung Penimbawan, masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Tamparuli dan Kiulu terutamanya pada musim kemarau juga akan turut diberi perhatian.

Katanya bagi mengatasi masalah itu secara berperingkat, buat masa ini bantuan bekalan air disalurkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah.

Dalam pada itu, Madius berkata usaha menyelenggara jalan raya di kawasan kampung terlibat juga akan dibuat secara berperingkat iaitu dengan menggunakan simen.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers