Nizam Mydin dilantik Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu #COVID19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa

Nizam Mydin dilantik Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu Nizam Mydin Bacha Mydin dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu berkuat kuasa semalam, demikian diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Nizam Mydin dilantik Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu Nizam Mydin Bacha Mydin dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu berkuat kuasa semalam, demikian diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.


Beliau berkata bekas Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri(JPM) itu menggantikan Riduan Rahmat yang bertukar tugas sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dewan Negara.

“Bagi pihak kerajaan dan Parlimen, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Riduan Rahmat atas segala khidmat dan sumbangan sepanjang memegang jawatan sebagai Setiausaha Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Yang Ke-13 sejak 22 Feb lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.




Berasal dari Selangor, Nizam Mydin, 45,  merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Monash, Australia.

Beliau sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah Undang-undang pengkhususan dalam bidang Parlimen di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.

Nizam juga pernah berkhidmat sebagai peguam bela, peguam cara dan peguam syarie sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, JPM sejak 2005.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers