Sanggup Azmin Ali hina bangsa sendiri – Pesaka

Sanggup Azmin Ali hina bangsa sendiri – Pesaka
Tindakan peserta Bersih 4.0 yang menggunakan colok, buah oren serta
gambar pemimpin Melayu sebagai simbol mati juga adalah tindakan melampau.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mempersoal kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah sebagai jijik.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, Azmin perlu sedar himpunan tersebut adalah tindak balas terhadap perbuatan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin Melayu.

“Tak perlu cakap soal jijik atau lain-lain, Bersih 4.0 bukan bersih mana pun kalau di sana lebih kuat perkaumannya yang didalangi sendiri oleh DAP.

“Kenapa perlu pertahankan mereka sehingga sanggup menyatakan himpunan yang dibuat oleh bangsa yang sama dengan Azmin itu jijik? Dimana maruah beliau sehingga membiarkan pemimpin kita dipijak begitu sahaja oleh bangsa Cina?” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.my.

Megat Zulkarnain berkata, tindakan peserta Bersih 4.0 yang menggunakan colok, buah oren serta gambar pemimpin Melayu sebagai simbol mati juga adalah tindakan melampau.

“Itu lagi yang nak kata kita jijikkah? Fikir kembali apa yang Azmin katakan pada kita, siapa lebih rasis? dan siapa lebih jijik sebenarnya?

“Kita buat kerana tindakan mereka, bukan kita buat dalam keadaan sengaja, cukup-cukuplah pijak kepala bangsa Melayu, jangan uji kesabaran kita kalau tak mahu keadaan menjadi lebih parah,” tegasnya.

Azmin sebelum ini berkata, beliau malu dan jijik dengan Himpunan Baju Merah yang melaungkan sorakan berbaur perkauman dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bangsa lain.

Katanya, sepatutnya Hari Malaysia disambut dengan penuh kegembiraan bagi meraikan perpaduan masyarakat majmuk yang telah terbina.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers