KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Pelakon popular Remy Ishak, 33, akui lebih mengutamakan soal jodoh adik-adiknya berbanding dirinya yang masih selesa dengan status solo.
Selaku anak sulung, soal perkahwinan menjadi tanggungjawab dirinya untuk mendahulukan adik-adik kerana mereka perlu dibantu daripada segi kewangan dan hal-hal yang berkaitan.
"Buat masa sekarang, saya masih selesa dengan status saya yang solo, saya utamakan pernikahan adik-adik kerana mereka kerja kampung dan pendapatan yang diterima setimpal dengan kudrat mereka.
"Tak salah pun saya membantu, lagipun saya pun buat masa sekarang tidak ada calon untuk berkahwin, lagipun keluarga bukanlah orang senang, jadi rezeki yang saya terima ini sebagai pelakon bukan hanya untuk saya malah untuk mereka jua," ujar Remy kepada portal Murai.com.my di majlis tayangan media filem terbaru Pilot Cafe di ibu negara.
Dalam pada itu, Remy juga mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya telah melangsungkan majlis pertunangan baru-baru ini
Bagaimanapun dia menafikan bahawa majlis pertunangan itu bukan untuk dirinya tetapi ia adalah majlis pertunanngan adiknya.
"Kekeliruan ini timbul apabila ada pengikut baru di Instagram saya, kalau pengikut sedia ada akan faham dan mengetahui tentang diri saya serta perkembangan terkini mengenai diri saya.
"Adik saya telah selamat selesai melangsungkan majlis pertunangannya baru-baru ini, dan akan mendirikan rumah tangga pada bulan September depan, Insha Allah," katanya
Ketika ditanya adakah dia akan menyerahkan soal jodoh kepada pilihan keluarga? Lantas dengan perlahan Remy menjawab mungkin ya dan mungkin tidak.
Sebelum ini, Remy telah meletakan sasaran sekiranya umurnya mencecah 28 tahun, dia akan mengakhiri zaman bujang, namun perancangannya meleset dan masih lagi tercari-cari puteri yang sejati untuk mengisi hatinya.
"Saya kalau boleh seseorang gadis itu kenal saya adalah Remy Ishak bukannya seorang pelakon terkenal, kalau sesorang itu lebih mengutamakan kerjaya saya, sukar untuk membina hubungan.
"Kalau sudah ditakdirkan memang saya tidak ditemukan jodoh, kemungkinan saya akan minta tolong daripada keluarga saya untuk membantu, tetapi buat masa sekarang belum terlintas lagi," kata Remy mengakhiri perbualan.
iskandarX: jangan tunggu lama2 tunggu lama2 nanti di kebas orang, dok tunggu apa lagi Remy? sambaq satu calon cepat2, nnt lagi femous.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.