Sumber Harian Metro
KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Adik kepada komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan iaitu Azman Abu Hassan yang juga komposer telah terlibat dalam kemalangan berhampiran pusat beli belah 1Utama, awal pagi semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, Azman, 53, dikatakan telah patah tulang rusuk dan cedera di dagu akibat kemalangan itu.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 2 pagi, di mana pada waktu itu Azman sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melawati, Hulu Klang selepas keluar makan bersama dua rakannya.
Datuk Adnan Abu Hasaan yang telah ditemui Harian Metro turut mengesahkan kejadian itu setelah dia dimaklumkan oleh ibu mereka, Siti Hajar.
Menurut Adnan, sebelum kejadian adiknya itu telah terbabit dalam rakaman lagu di studio miliknya di Desa Melawati sebelum keluar makan malam bersama rakannya yang juga penyanyi Johana Johari dan suaminya di Damansara.
Selepas Azman menghantar mereka, dia pulang semula dan ketika berada di kawasan itu, sebuah lori di depannya berhenti secara mengejut.
Dalam masa sama, kenderaan lain dari belakang tidak sempat berhenti dan melanggar keretanya sehingga bahagian belakang keretanya remuk teruk.
Rempuhan tersebut telah menyebabkan Azman pengsan sebelum dia dibawa orang ramai ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Dia yang kini dirawat di PPUM sudah sedarkan diri namun tidak dapat mengingati sepenuhnya kejadian itu.
Turut melawat Azman di hospital berkenaan ialah rakan baiknya seperti komposer Johan Nawawi dan pemuzik Zul Mahat.
iskandarX: Semoga beliau cepat sembuh dengan izin Allah Ta'ala.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.