KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2015: Aktor Shah Iskandar berkata dia tidak terperanjat dengan kenyataan Sharnaaz Ahmad yang dikatakan tidak redha dengan kemenangannya di Anugerah Bintang Popular BH 2014 baru-baru ini.
"Setiap tahun pasti ada perkara sebegini. Saya tak terperanjat jika ada pihak memberikan komen-komen yang kurang enak. Tetapi saya sendiri mengambil perkara itu sebagai satu benda yang positif dan menganggapnya seperti satu kritikan yang membina dalam industri hiburan," ujar Shah Iskandar ketika diminta memberi komen.
Di majlis yang berlangsung pada 5 April lalu, Shah membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular. Selain menewaskan Sharnaaz, Shah juga mengenepikan calon-calon lain seperti Amar Baharin, Adi Putra dan Aaron Aziz.
Sebagai rakan pelakon yang bekerja dalam industri yang sama, adakah Shah terkilan dengan kenyataan yang dikelurkan oleh Sharnaaz?
"Saya rasa tak terkilan. Sekurang-kurangnya, dia berani untuk bersuara. Saya hormat dia kerana itu. Tak ramai yang mampu bersuara. Ada yang berdiam diri, ada yang bercakap belakang. Saya hormat Sharnaaz kerana keberanian dirinya," jelas Shah lagi.
Tiada masalah untuk bekerja dengan Sharnaaz selepas ini, Shah meminta semua pihak untuk memberi ruang kepada dirinya untuk menonjolkan kebolehannya dalam industri hiburan.
"Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Sharnaaz. Jika ditakdirkan untuk bekerja dengan dia selepas ini, saya terima. Apa yang saya boleh katakan ialah terima kasih kepada semua penyokong dan peminat saya. Buat sesiapa yang ada persepsi kurang enak mengenai saya, berilah saya peluang untuk membuktikan kebolehan saya. Saya terbuka untuk menerima segala pandangan dan kritikan selepas anda semua mengenali saya," tutur Shah mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.