AF2015 Kini Kembali, Ujibakat Bermula Di Empat Negeri

AF2015 Kini Kembali, Ujibakat Bermula Di Empat Negeri


KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Program realiti nyanyian paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia kembali untuk musim terbaru bagi tahun 2015. Dikenali sebagai AF2015, misi pencarian bintang sebenar itu kembali tahun ini selepas menyaksikan kejayaan Firman bagi tahun lalu.

Untuk musim terbaru ini, sebanyak empat buah negeri telah dipilih iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur.

Barisan juri bagi sesi ujibakat kali ini turut menampilkan barisan yang sama pernah terlibat secara langsung dalam pembabitan AF sebelumnya.

Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi, berkata pemilihan `muka lama` sebagai juri itu adalah berdasarkan pengalaman mereka dalam memilih muka-muka yang dapat diketengahkan sebagai lapisan bintang baru dunia industri hiburan.

“Tahun demi tahun, pihak Akademi Fantasia telah melahirkan ramai pelapis dalam industri hiburan antaranya Adira dan Akim yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai ‘Penyanyi Paling Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014).

“Oleh itu kami percaya, barisan panel juri yang dilantik untuk sesi ujibakat untuk tahun ini mampu mencari calon-calon hebat seperti mana barisan pelajar AF yang lalu.

“Para juri juga bukanlah calang-calang orangnya kerana mereka pernah terlibat dengan penerbitan AF untuk musim-musim sebelumnya.” katanya ketika ditemui pada sidang media AF2015 bertempat di Avenue K pada petang Selasa.

Panel juri yang dimaksudkan ialah Datin Marlia Musa, Edrie Hashim, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi dan Cikgu Shahrol.

Peserta akan dinilai dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Selain itu, sedikit kemudahan diberikan kepada calon peserta tahun ini di mana mereka juga boleh memilih untuk menghantarkan penyertaan dengan memuat naik video nyanyian menerusi Intagram.

Untuk mengambil bahagian, calon perlu memuat naik video nyanyian secara kreatif beserta hashtag #BakatAF2015 dan #Hotlink2015.

‘Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink’ bermula pada 19 April ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.hotlink.com.my/AF2015.

Manakala ujibakat secara ‘walk in’ bermula pada 2 Mei depan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.af.com.my.

Berikut merupakan lokasi ujibakat

2 & 3 Mei – Pulang Pinang (The Light Hotel, Seberang Perai)

9 & 10 Mei – Sabah (1Borneo Hotel, Kota Kinabalu)

23 & 24 Mei – Johor (Berjaya Waterfront, Johor Bahru)

30 & 31 Mei – Kuala Lumpur (Kompleks Sukan Negara, KL).

iskandarX: saper2 yg rasa ada telent tu try2 ler pegi audition mana nak tau ada rezeki kan??

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers