Fasha Sandha Kini Bahagia, Belum Sedia Tambah Anak

Fasha Sandha Kini Bahagia, Belum Sedia Tambah Anak


KL, 16 APRIL 2015: Jika sebelum ini pelakon jelita, Fasha Sandha ada berkata ingin memiliki banyak cahayamata ketika diawal waktu ketika dirinya baru bergelar isteri kepada suami tercinta, Rizal Ashram, namun realitinya kini ibu kepada sepasang cahayamata ini ingin berehat dahulu.

Menurut Fasha, sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemaima yang kini berusia enam bulan melengkapi kehidupannya sebagai seorang ibu dan ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada mereka berdua.

Namun begitu, Fasha tidak menolak jika dimurahkan rezeki dan terus dikurniakan zuriat oleh Allah SWT kepada dirinya dan dia menerima dengan hati yang terbuka.

"Tiada apa lagi yang lebih membahagiakan selain daripada mendapat kurniaan daripada Allah SWT sebuah keluarga bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata.

“Alhamdulillah, Allah sudah memberi saya merasakan sebuah kehidupan seorang wanita yang bahagia. Buat masa ini sepasang pun cukup dulu kerana bukan senang nak membesarkan anak-anak dalam satu masa yang sama.

"Bagi menjamin kesejahteraan keluarga, apa yang penting ialah menjaganya dan meletakkan ia sebagai prioriti utama dalam kehidupan saya," cerita Fasha yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-2 anak sulungnya Putra Rayfal Ramli yang diadakan di Kelab Polo Diraja Selangor, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu bahawa dia sedang giat mengusahakan sebuah perniagaan fesyen khusus pakaian kanak-kanak menerusi label Jiwa by FS. Ia merupakan gandingannya bersama pereka Azura Couture dan rakan baiknya, Murshid.

"Saya akan keluar dengan label baju kanak-kanak Jiwa by FS yang saya hadiahkan kepada anak lelaki saya iaitu Rayfal dan Rayqal.

"Sebelum ini produk kecantikan Jemaima saya hasilkan untuk anak perempuan saya, jadi pakaian ini saya buat untuk yang lelaki pula. Setakat ini sambutan baik dan kami sudah terima banyak tempahan melalui online," tambahnya lagi.

Fasha dan Rizal Ashram berkahwin  pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemaima, 6 bulan.

Dalam pada itu, majlis sambutan ulang tahun  tersebut dihadiri lebih 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan artis. Antara artis yang hadir ialah Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Erin Malek, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, Putri Balqish dan Eina Azman.

Kini, Fasha turut memberitahu dia kembali sibuk berada di set penggambaran untuk filem Anak Mami Nasi Kandar dan Projek Komedi Warna yang bakal bermula tidak lama lagi.

iskandarX: Alhamdulillah Fasha Sandha lebih mantap dari dulu2, buang je yg keruh teruskan yg jernih eh pepatah apakah yg is kuarkan nie? ahaha

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers