Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi

Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi


KL, 15 APRIL 2015: Proses restorasi filem epik Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin telah berjaya menyelamatkan filem tersebut lalu dinaik taraf menjadi filem berkualiti HD atau definisi tinggi yang bakal ditayangkan di bulan kemerdekaan, Ogos nanti.

Usaha ini telah dibuat oleh anak syarikat KRU iaitu Prodigital Lab Sdn Bhd setelah mendapat kerjasama daripada pihak Tan Sri Jins Shamsuddin melalui syarikatnya Jins Shamsuddin Production yang kini diterajui oleh salah seorang anaknya, Hang Nadim.

Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata, filem tersebut yang hampir rosak setelah disimpan terlalu lama telah menjalani pelbagai proses bagi meningkatkan kualiti termasuklah dari segi visual dan audio.

Filem yang diterbitkan pada tahun 1981 itu mengambil masa selama tiga bulan untuk proses tranformasi tersebut dan menelan kos sekitar RM100,000.

Filem Bukit Kepong Kini Berkualiti HD Selepas Proses Restorasi


"Kita menaik filem ini kepada kandungan definisi tinggi, malah meningkatkan kualiti warna menghasilkan visual yang baik serta setaraf dengan kualiti filem yang ada masa kini.

"Selain itu, kualiti audio juga dipertingkatkan dimana kami menukarkan ia dari format mono ke stereo manakala suntingan juga dibuat bagi sistem audio.

“Ia untuk menyelaraskan pergerakan mulut (lipsync) audio asal dengan visual, noise cancellation serta penambahan kesan bunyi," ujarnya ketika sidang media Ops Selamatkan Bukit Kepong yang diadakan di Platinum Sentral, di sini, Selasa.

Selain daripada itu, pemilihan Bukit Kepong sebagai filem pertama menjalani proses restorasi adalah kerana ia sebuah filem yang menceritakan tentang sejarah penting dan perlu untuk ditonton generasi masa kini.

Menurut Norman lagi, Prodigital Lab dalam proses membaik pulih tiga lagi filem lain iaitu Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada dan Tiada Esok Bagimu yang mana filem berkenaan adalah arahan Jins Shamsuddin.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman, pengarah filem itu, Jins Shamsudin, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta.

iskandarX: Apesal la producer suka cerita perang sejarah kat selangor aja? yg kat penang nie lagi belambak laa, asal usul kongsi gelap pun datang dari penang maa tahun 1803.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers