KL, 15 APRIL 2015: Dua orang selebriti berpengaruh menyatakan sokongan kepada, Tun Dr Mahathir yang kini dilihat berjuang dan memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib, setelah mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu menyatakan kesedihannya berjuang bersendirian untuk kesejahteraan negara.
Aktres jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta dan penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan akan sentiasa berdiri di belakang pemimpin yang dihormati ramai ini.
Dalam catatan di laman Instagram milik Che Ta yang juga berasal dari negeri Kedah, negeri kelahiran Tun M, turut menyatakan ramai lagi pengikut dan rakyat negara ini berada di belakang Dr Mahathir selain memberi sokongan kepada perjuangannya.
"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang.Tapi kami ni orang marhaen, siapa hendak dengar suara kami," katanya Che Ta di laman Instagramnya tersebut.
Pada Isnin, Dr Mahathir mengeluh di dalam blognya chedet.cc bahawa dia keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kata Dr Mahathir, soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang turut mempunyai hubungan baik dengan pemimpin itu menerusi suaminya Datuk K menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang negarawan yang telah mengharungi pelbagai cabaran sehingga terkenal di mata dunia.
Antara catatan terbaharu di laman Instagramnya juga menyatakan secara terbuka rasa kagumnya kepada Dr Mahathir selain menyatakan bekas Perdana Menteri tidak pernah keseorangan.
"Love u Tun dan sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," katanya dalam laman Instagram berkenaan.
Kebanyakan pendapat berkenaan menyokong Siti selain menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir sendiri.
Bagaimanapun Dr Mahathir turut mengakui bukan mudah untuknya menulis catatan itu namun diteruskan demi bangsa dan negara.
iskandarX: Kalau lah ayahanda Tun nak kembali berkhidmat, is sanggup berkempen habis habisan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.