Toyota Camry, Wang Tunai Rm100,000 Untuk Juara Kilauan Emas 4

Toyota Camry, Wang Tunai Rm100,000 Untuk Juara Kilauan Emas 4

Toyota Camry, Wang Tunai Rm100,000 Untuk Juara Kilauan Emas 4

Jika juara Kilauan Emas musim ketiga Mior Yazid Ahmad membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Grand Livina, tahun ini Kilauan Emas meningkatkan lagi hadiah kepada bakal juara.

Juara Kilauan Emas Musim Keempat (KE 4) bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM100,000 sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000, sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000 dan trofi.

Sementara itu pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM30,00 dan RM15,000 berserta trofi. Manakala pemenang untuk Anugerah Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi meneruskan misi pencarian ‘Otai Masih Berbisa’ , sesi ujibakat akan diadakan di enam buah lokasi di seluruh Malaysia bermula dari Sabah pada 8 Februari di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sarawak pada 15 Februari di Hills Shopping Mall, Kuching, Pahang pada 22 Februari di Berjaya Megamall, Kuantan, Johor pada 1 Mac di Berjaya Waterfront Mall, Johor Bahru, seterusnya di Pulau Pinang pada 8 Mac di Megamall Pinang, Seberang Prai dan lokasi terakhir di Selangor pada 15 & 16 Mac di SACC Mall, Shah Alam.

Mereka yang berminat mestilah merupakan warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 40 tahun ke atas (pada tarikh ujibakat) dan perlu membawa dua keping salinan kad pengenalan atau passport serta gambar berukuran 3R (gambar profil dan paras pinggang).

Para peserta juga dikehendaki memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telah disediakan berikut:

PILIHAN WAJIB LAGU LELAKI: Seruling Anak Gembala (Datuk Jeffrydin), Aku Semut Merah (Meggy Z), Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Riza), Mentera Semerah Padi (Dato’ M.Nasir), Kain Cinta Putih (Putra), Pawana (Search), Seni Berzaman (To’Ki), Aku Penghibur (Dato’ Jamal Abdillah), Dengar Ini Cerita (Tan Sri P.Ramlee) dan Hotel California (Eagles).

PILIHAN WAJIB LAGU WANITA: Teruna (Fatimah M. Amin), Perwira (Puan Sri Saloma), Aku Sudah Jatuh Hati (Norsheila Amin), Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar), Cintaku 100% (Mas Idayu), Seri Dewi Malam (Datuk Sharifah Aini), Ku Ke Udara Lagi (Francesca Peter), Kidah Hati (Alyah), I Will Survive (Gloria Gaynor) dan Anggapanmu (Ziana Zain).

Setiap ujibakat dibuka jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dan calon peserta digalakan untuk hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tiga nama besar yang bakal dibawa masuk ke KE 4 menjadi juri di setiap lokasi terpilih dan bertindak sebagai tenaga pengajar ialah Dato’ Sri Wirama Adnan Abu Hassan, Siti Hajar dan Ayai Illusi.

Peserta bakal dinilai daripada segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

KE 4 turut mengekalkan pengacara, pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau Kak Engku sebagai pengacara Nota KE (Diari) dan Pentas Kilauan Emas.

Program KE 4 bakal disiarkan di Astro Prima (saluran 105) bermula April ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers