Black Bawa Isteri Ke Hospital Selepas Ada Tanda-tanda Hamil

Black Bawa Isteri Ke Hospital Selepas Ada Tanda-tanda Hamil

Black Bawa Isteri Ke Hospital Selepas Ada Tanda-tanda Hamil

Penyanyi, Black atau Hanifah Md Hanafiah akui baru sahaja membawa isterinya ke hospital untuk membuat pemeriksaan doktor selepas isterinya, Naquia Yasirah Mohamad Khairi sudah beberapa minggu tidak datang haid.

Black berkata menerusi hasil pemeriksaan itu, doktor masih belum boleh mengesahkan kehamilan isterinya namun meminta isterinya, untuk datang semula dalam masa sebulan lagi untuk pemeriksaan sekali lagi.

“Sebenarnya memang saya dan isteri berharap sangat keputusan air kencingnya positif tetapi sebaliknya.

"Namun doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu dan dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang.

“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak. Malah ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini pun kami sudah berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera,” katanya kepada murai.com.my

Pelatun lagu Takkan Terpisah dan isterinya baru sahaja pulang mengerjakan Umrah selama dua belas hari dan sepuluh malam pada 16 Januari lalu.

Black berkata dia dan isteri tidak sabar dan teruja untuk berkongsi berita gembira itu jika benar isterinya hamil kelak.

Malah akan segera mewar-warkannya di laman sosial Instagram miliknya yang bernama Black_Hanifah.

“Kami memang sangat –sangat teruja untuk menimang cahaya mata. Jadi jika isteri saya disahkan sahaja hamil, kami akan segera berkongsi dengan semua di dalam laman sosial Instagram saya.

“Mungkin ada sesetengah pihak akan berpantang dan tunggu sehingga beberapa bulan untuk beritahu tetapi kami tidak,” luahnya lagi.

Black dan  NaquiaYasirah Mohamad Khairi telah diijabkabulkan pada 13 September 2013.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers