Aiman Enggan Kongsi Kisah Cintanya Dengan Fathia
Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya aktor dan aktres Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia yang sebelum ini mengaku sebagai kawan baik, kini sedang serius bercinta.
Aiman dan Fathia ketika ditemui Astro Gempak memberitahu, bukan niat mereka mahu merahsiakan hubungan cinta yang sudah terjalin selama setahun itu, tetapi lebih selesa jika cerita peribadi tidak ditonjolkan kepada umum.
“Bagi kami, biarlah cerita tentang kerjaya yang menjadi keutamaan bukan kisah peribadi…Kami tidak mahu cerita-cerita peribadi atau kontroversi mengaburi karier,” kata Fathia.
Sementara itu bagi Aiman pula sebagai orang melayu yang mempunyai adat dan adab, cerita peribadi tidak seharusnya disensasikan kerana banyak ‘hati’ yang perlu dijaga.
“Sebagai seorang anak tentunya saya dan Fathia perlu menjaga hati kedua orang tua kami... Kerana sekiranya hubungan ini tidak menjadi, perkara sebaliknya akan berlaku.
“Saya ni tradisional sikit... Bukan cara saya menghebah-hebahkan cerita peribadi. Lagipun perkara macam ni melibatkan ramai pihak, tak manis pula kalau terlalu dihebah-hebahkan,” ujarnya ringkas
Aiman dan Fathia ketika ditemui pada Majlis Sidang Media dan Previu Teater ‘Bidasari’ di Istana Budaya pada Rabu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang hubungan mereka dan berharap dengan pengakuan ini, tiada lagi yang tertanya-tanya tentang perkara tersebut.
Pasangan kekasih ini bakal bergandingan dalam teater ‘Bidasari’ yang bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
iskandarX: aaaaaaaaaaa tidakkkkkkkkkkkk Fathia dah kawen. (is kena cari target lain neeew hehehe).
baru tau dorang berdua ni bercinta
ReplyDelete