Elak Fitnah, Misha Omar Akhirnya Nikah Firos Mei Ini

Elak Fitnah, Misha Omar Akhirnya Nikah Firos Mei Ini

Elak Fitnah, Misha Omar Akhirnya Nikah Firos Mei Ini

Selepas membuat keputusan menangguhkan perkahwinannya pada Februari ini, penyanyi, Misha Omar, semalam meleraikan tanda tanya ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan Firos Ezzwan Rossly, 32, pada Mei depan.

Bagaimanapun, tarikh sebenar majlis akad nikah di negeri kelahirannya, Kota Bahru, Kelantan, yang disusuli kenduri kesyukuran hanya dapat diputuskan selepas kad jemputan perkahwinannya diedarkan tidak lama lagi.

Misha Omar berkata kali ini dia akur untuk meneruskan perkahwinannnya selepas ibunya meminta untuk mempercepatkan perkahwinan mereka yang sudah tertangguh selama 2 tahun.

"Alhamdulilah, akhirnya saya tidak pernah rasa selega ini untuk mengumumkan tarikh perkahwinan kami meskipun hati saya belum tenang selepas pemergian bapa saya. Saya rasa hari itu bakal menjadi hari kemenangan buat saya kerana bakal membuktikan yang semua cerita negatif tentang saya tidak benar. Lagipun bila lama-lama bertunang saya takut ditimpa fitnah.

"Namun setelah diberi semangat oleh ibu saya yang turut meminta saya untuk meneruskan perkahwinan pada Mei ini iaitu selepas ibu habis tempoh edah pada April. Mungkin juga ini masa yang sesuai untuk kami," kata Misha Omar yang ditemui bersama tunangnya.

Misha dan keluarga kehilangan bapa tersayang pada November tahun lalu.

Misha dan keluarga memilih Mei sebagai bulan menyatukan ikatan cintanya yang sah sempena bulan Rejab (kalendar Islam).

"Sebenarnya ibu saya yang memilih bulan Mei kerana bulan yang baik dalam Islam ialah bulan Rejab.

"Namun menurut ibu tarikhnya tidak manis untuk diberitahu lagi sehingga kad dilayangkan," jelasnya lagi.

Pasangan ini bakal bernikah dan mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama di Hotel Renaissance, Kota Bahru Kelantan.

Misha dan Firos yang bertunang pada 21 Februari 2012 itu telah menangguhkan perkahwinan mereka beberapa kali.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers