Tyas Mirasih Ditawarkan Berlakon Oleh Teman Istimewa Di Malaysia?

Tyas Mirasih Ditawarkan Berlakon Oleh Teman Istimewa Di Malaysia?

Tyas Mirasih Ditawarkan Berlakon Oleh Teman Istimewa Di Malaysia?

Kali pertama mendengar nama Tyas Mirasih, ramai yang tertanya-tanya siapa pula gerangan cewek seberang ini yang berjaya menambat hati pengarah dan produksi filem Laga sampai dipilih membintangi filem yang menampilkan budaya laga ayam sebagai intipati utama filem itu.

Mungkin nama Tyas belum segah nama seperti aktres seberang lain seperti Luna Maya mahupun Julia Perez, aktres muda berusia 27 tahun ini sudah memiliki pengalaman 14 tahun beraksi di hadapan kamera sejak berusia 12 tahun.

Antara penampilan terawalnya adalah menjadi model muzik video untuk kumpulan seperti Ungu dan Yovie & Nuno hingga digelar ratu muzik video disamping filem-filem lakonannya yang tidak kurang hebat di Indonesia tersebut.

Kali pertama terlibat dengan produksi di negara ini, Tyas akui tiada banyak perbezaan daripada produksi di negaranya. Aktres yang dikategorikan seksi di Indonesia ini namun telah memuji sistem kerja yang diamalkan produksi tempatan yang teratur dan tidak memenatkan.

“Pengalaman saya berlakon di Malaysia tidak ada banyak perbezaannya dengan yang ada di Indonesia. Kurang lebih mirip cuma disini sistemnya lebih teratur dan tidak memenatkan pelakon. Cuma jangkamasa bagi satu-satu penggambaran itu memakan masa yang lebih lama kalau disini.

“Untuk Laga lebih kurang 40 hari diperuntukkan untuk proses penggambaran dan ia memerlukan komitmen yang tinggi. Tetapi jika ditawarkan lagi berlakon disini saya mahu jika watak itu bersesuaian dan kena dengan waktu jadual saya.

“Selepas menyaksikan filem ini buat pertama kalinya, saya yakin dan merasakan bahawa ia mempunyai nilai dan kualiti yang tersendiri setimpal dengan peruntukan waktu yang lama kerana ia amat bagus sekali,”ulas Tyas mengenai filem Malaysia pertama lakonannya dan pendapatnya mengenai filem arahan Ismail Yaacob tersebut.

Bukan mudah bagi seorang pelakon daripada luar untuk memasuki pasaran tempatan dan Tyas merasakan peluang yang terbuka ini digunakan sebaiknya. Khabarnya watak Maya didalam Laga itu telah ditawarkan kepadanya melalui seorang teman yang berasal daripada Malaysia.

Bekas kekasih Keith Foo, pelakon Malaysia yang pernah mencipta nama di Indonesia yang kini popular dengan drama Ariana Rose ini enggan mendedahkan siapakah gerangan teman yang telah menawarkan watak Maya itu khusus untuk Tyas walaupun berulangkali ditanya.

Malah Tyas turut menolak gosip cinta bersama pasangannya di dalam Laga iaitu Syazwan Zulkifly yang dikatakan bermain cinta dengan aktres seksi Indonesia ini.

“Ketika itu saya bercuti di Eropah selama sebulan dan telah mendapat berita tentang tawaran ini. Saya beritahu kepada teman itu untuk kembali dengan butir terperinci serta bila waktu penggambaran.

“Setelah bersetuju dengan tawaran yang diberikan untuk watak Maya itu saya terus khabar pada teman. Sebaik tiba dari Eropah saya berehat di  Jakarta cuma sehari dan keesokkannya telah berangkat ke KL untuk beraksi di dalam Laga.

“Tentang siapa teman saya itu rasanya tidak usah diperbesarkan, tetapi rezeki saya di dalam filem Laga ini merupakan sebahagian daripada pertolongan dia.

“Begitu juga tentang keakraban saya dan Syazwan diharapkan tiada yang salah anggap kerana saya senang dengan dia yang banyak membantu ketika di set penggambaran Laga,” ujarnya mengenai gosip cinta membabitkan dirinya dan Syazwan malah Tyas juga meninggal persoalan tentang siapakah teman yang membantu Tyas untuk beraksi di persada dunia perfileman Malaysia.

Selain Tyas dan Syazwan, filem yang menelan kos RM2.8 juta ini diterajui oleh barisan pelakon hebat iaitu Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Marsha Milan Londoh. Laga arahan Ismail Yaacob ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Januari 2014.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers