Sein Bakal Timang Anak Ketiga, Bahagia Isteri Jadi Suri Rumah

Sein Bakal Timang Anak Ketiga, Bahagia Isteri Jadi Suri Rumah

Sein Bakal Timang Anak Ketiga, Bahagia Isteri Jadi Suri Rumah

Pelakon dan bekas anggota kumpulan Ruffedge, Sein atau nama sebenarnya Syed Hussien Syed Mustafa, 31, akui teruja untuk menimang cahaya mata ketiga dengan isterinya, Nana yang juga pernah menyertai program realiti Mentor.

Sein berkata dia dan isteri sedang menunggu detik-detik cemas menyambut bayi ketiga tidak lama lagi selepas doktor mengesahkan Nana akan melahirkannya pada bila-bila masa dalam Januari ini.

“Alhamdulilah, tidak lama lagi saya dan Nana akan menyambut bayi ketiga setelah kedua-dua anak kami kini pun sudah membesar.

“Kami memang merancang untuk menjaga dan menguruskan dua orang anak kami dahulu sehingga mereka agak besar dan boleh menguruskan diri mereka serbasedikit sebelum menimang cahaya mata seterusnya. Saya bersyukur Allah kurniakan rezeki ini kepada kami.

“InsyaAllah, Nana akan melahirkan anak kami itu dalam bulan ini juga kerana dia sekarang sedang menunggu hari sahaja. InsyaAllah, Nana disahkan oleh doctor bakal melahirkan anak perempuan,” katanya kepada murai.com.my.

Sein ditemui selepas pelancaran filem arah dan penerbitannya iaitu Filem Penculikan Amar Affendi yang berlangsung di Restoran Glitters, GSC Pavilion.

Pasangan ini sudah pun dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Taariq, 7, dan Sharifah Inaiyah berusuia 5 tahun. Mereka pernah bercerai talak satu, namun telah rujuk kembali selepas beberapa bulan berpisah.

Bercerita mengenai perkembangan isterinya yang sudah lama meninggalkan dunia seni, Sein memberitahu isterinya kini lebih selesa menjaga kebajikan keluarganya di rumah berbanding keluar bekerja.

“Nana tidak bekerja dan dia sendiri mahu menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga keperluan anak-anak kami. Saya sebagai seorang suami sudah tentu gembira dengan keputusannya itu kerana kami tidak yakin untuk meinggalkan anak-anak kami kepada orang luar seperti pembantu rumah.

“Meskipun kami ada pembantu rumah, salah soerang daripada kami mesti berada bersama anak-anak. Biasanya dia (isteri) lah yang selalu bersama anak dan saya pula keluar bekerja.

“Lagipun, sekarang ni banyak kes penderaan bayi dan kanak-kanak di pusat penjagaan mahupun dilakukan sendiri oleh pembantu rumah. Jadi saya perlu berhati-hati dan tidak akan sekali-kali meninggalkan anak kami kepada orang luar selain keluarga,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru Sein, dia bakal mengarahkan filem Penculikan Amar Affendi yang dibintangi oleh Soffi Jikan, Namron, Maya Karin, Khir Rahman, Aqasha, Zain Hamid dan ramai lagi. Mereka bakal memulakan penggambaran pada Mac depan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers