Fazura Tolak Tawaran Gantikan Neelofa

Fazura Tolak Tawaran Gantikan Neelofa

Fazura Tolak Tawaran Gantikan Neelofa

Program televisyen yang berkonsepkan rancangan majalah khusus wanita, Nona terbitan Sistem Televisyen Malaysia (TV3) yang dahulu menampilkan bakat-bakat baru sebagai hos, kini tampil dengan gandingan hos yang terdiri daripada selebriti popular.

Nona ketika ini diterajui oleh pasangan pengacara Fara Fauzana dan aktres Neelofa tetapi didalam sebuah artikel di dalam Metro Ahad yang lalu ada disiarkan cerita mengatakan bahawa aktres jelita Nur Fazura telah ditawarkan posisi yang sama untuk menjadi pengacara Nona.

Fazura yang dikatakan akan menggantikan Neelofa itu telah mencetuskan pelbagai reaksi namun aktres yang kini bercuti di Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan melalui artikel di HIP, sisipan dalam Berita Harian oleh wartawan Farihad Shalla.

Antara perkara yang didedahkan di dalam kenyataan Fazura adalah pengakuannya yang ada menerima tawaran berkenaan daripada pihak produksi Nona sendiri yang berjumpanya di butik miliknya di Bangsar itu.

“Memang Faz ada terima tawaran daripada Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz menjadi pengacara Nona. Terus-terang, Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.

“Bagaimanapun, Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal,” antara kenyataan yang diberikan Fazura kepada wartawan Berita Harian melalui kiriman mesej kerana aktres berkenaan masih lagi berada di Amerika Syarikat.

Antara lain yang dikatakan Fazura selain daripada belum bersedia namun dia tidak menolak jika tawaran dibuat dimasa akan datang dan jika sampai rezekinya Fazura akan menerima tawaran tersebut.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers