Zul Ariffin Akui Keterujaan Untuk Berumahtangga Kurang
Meskipun sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan kekasihnya iaitu Gayatri Su-Lin yang juga penerbit Astro Shaw, namun aktor kacak, Zul Ariffin akui kini keterujaan untuk berkahwin tidak sama seperti pasangan lain.
Pun begitu, Zul Ariffin berkata perancangan untuk berkahwin masih lagi mahu diteruskan, cuma dia akui tidak terburu-buru.
“Perancangan hendak berkahwin itu masih lagi ada. Cuma kami tak mahu terbaru-buru. Lagipun, tiada apa yang hendak dikejarkan pun.
“Memang saya dah bersedia nak kahwin. Tapi sejak akhir-akhir ni saya belum rasa 100% keterujaan untuk berkahwin. Saya lebih memikirkan kehidupan selepas berkawin. Banyak yang perlu difikirkan misalnya dari segi ekonomi, kerjaya dan tanggungjawab sebagai suami,” katanya kepada murai.com.my
Katanya yang ditemui selepas sidang media supertelemovie tayangan Astro First, Qadr dan Panik, di The Gardens, semalam.
Ditanya adakah perasaan itu lahir selepas memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk membimbing bakal isterinya itu memandang Gaya akan bergelar saudara baru sekiranya dia berkahwin dengan Zul nanti.
Namun kata Zul, hal itu langsung tidak menjadi masalah besar buatnya. Malah Zul mendedahkan yang Gaya ada memberitahu yang dia mahu mendalami Islam terlebih dahulu sebelum mereka diijabkabul.
“Saya rasa tak jadi masalah untuk membimbing dia (Gayatri). Dia pun ada beritahu saya supaya beritahu dia awal tentang kahwin. Sebab dia pun nak buat persiapan untuk diri iaitu memeluk Islam dan mendalami agama Islam. Malah dia pun sebenarnya dah bersedia untuk berkahwin,” jelasnya lagi.
Zul dan Gayatri bercinta sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.