Hafiz Diumum Juara Pencetus Ummah Pertama

Hafiz Diumum Juara Pencetus Ummah Pertama

Hafiz Diumum Juara Pencetus Ummah Pertama

Tahniah buat PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa yang telah diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas bersaing dengan tiga peserta lain di pentas akhir yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) malam tadi.

Hafiz, 32, yang berasal dari Selangor telah memilih tajuk Pendakwah: ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’ sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk kedua pula iaitu Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema ‘Cinta Rasulullah’.

Dengan kemenangan PU Hafiz ini, dia telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Kemenangan PU Hafiz diambil selepas dia berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan baik dan mempunyai pengisian yang tepat selain mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana) serta juri jemputan Datuk Aznil Hj Nawawi.

Selain itu, Mimbar Akhir Pencetus Ummah turut dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Nazri bekas ahli kumpulan Raihan, Hijjaz, Aris Ariwatan, dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.

Program Pencetus Ummah telah dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis (106).

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers