Pada Usia 63 Tahun, Persembahan Salamiah Hassan Tetap Memukau
Jutaan tahniah diucapkan kepada penyanyi Salamiah Hassan kerana telah berjaya memberikan persembahan yang cukup mantap pada ‘Konsert Gelombang Saalmiah Hassan’ yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya, semalam (Rabu).
Ternyata usia bukanlah penghalang buat penyanyi ini kerana telah berjaya memukau hampir 1,000 penonton dengan persembahan cukup bertenaga dan tidak mengecewakan penonton yang hadir.
Ada penonton yang mengalirkan air mata ketika Salamiah mendendangkan lagu berjudul Gelombang, tak kurang juga yang berdiri bulu roma saat lagu Menghitung Hari dinyanyikan.
Menurut penyanyi berusia 63 tahun itu, dia berkongsi kisah silamnya ketika di awal pembabitan dalam bidang nyanyian menerusi konsert solo pertamanya itu.
“Saya mula menceburi bidang nyanyian sejak berusia 19 tahun selepas menjuarai program Bakat TV terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1970an.
“Masih segar dalam ingatan arwah ayah cukup tidak suka apabila mendapat tahu saya mahu menyanyi, dia menentang tapi saya tetap degil meneruskan keinginan saya.
“Tetapi sebelum ayah meninggal, dia mendengar lagu saya, dia cakap 'sedap juga anak aku nyanyi'. Dari situ saya tahu dia merestui apa yang saya lakukan," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media selepas konsert berlangsung.
Tambah Salamiah lagi, konsert ini cukup bermakna buat dirinya kerana lagu-lagu yang dipersembahkan mempunyai maksud tersirat selain ia merupakan konsert pertamanya sepanjang 42 tahun melibatkan diri dalam industri muzik tanah air.
Salamiah memulakan persembahan dengan lagu If You Go Away, iaitu lagu pertama yang dinyanyikannya ketika menyertai Bakat TV.
Dia yang menyampaikan 25 buah lagu pada malam konsert, turut berkongsi kisah pengalamannya setiap kali ingin menyanyikan lagu-lagu tersebut.
"Saya bersyukur sangat kerana lagu Surat Terakhir ciptaan Datuk Ahmad Nawab memperkenalkan saya dalam industri muzik tanah air.
"Dalam pada itu, melihatkan anak saya, Atilia juga minat dalam nyanyian, saya mengajaknya berduet dalam lagu Kadang Kala," ujarnya.
Antara lagu-lagu lain yang dinyanyikan Salamiah termasuklah Cita-Citaku, Bila Hati Dah Sayang, Aku Curiga, Mahligai Kayangan, Bintang Malam, Boleh Dilihat Di Pegang Jangan dan Gelombang.
Konsert tersebut akan berlangsung bermula 10 Januari sehingga 12 Januari 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, dekat sini.
Elemen klasik akan menjadi tema pada konsert tersebut di mana anaknya, penyanyi Atilia turut akan ditampilkan sebagai artis undangan.
Konsert itu juga menampilkan Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku pengarah, Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik manakala Raja Malek dalam penataan seni.
Tiket bagi menyaksikan konsert boleh ditempah menerusi laman www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03- 4147-8600 atau 019-211-1600.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.