Noh Salleh Hampir Undur Diri Dari Ajl 28 Demi Umrah

Noh Salleh Hampir Undur Diri Dari Ajl 28 Demi Umrah

Noh Salleh Hampir Undur Diri Dari Ajl 28 Demi Umrah

Penyanyi, Noh Salleh akui hampir undur diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) demi menunaikan ibadah Umrah bersama isteri dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Namun, Noh  berkata dia bernasib baik kerana keluarga memahami kerjayanya dan mahu vokalis kumpulan Hujan itu menyelesaikan tugasnya dahulu sebelum mengerjakan Umrah sehari selepas AJL 28 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 26 Januari ini.

“Sebenarnya tarikh Umrah dapat tahu dahulu sebelum AJL 28 iaitu tarikh awal yang sepatutnya saya mengerjakan Umrah pada 20 Januari.

“Bila dapat tahu pula AJL 28 akan berlangsung pada 26 Januari saya sudah mahu tarik diri. Yelah kalau suruh saya buat pilihan, sudah tentu saya pilih untuk mengerjakan Umrah kerana sudah lama saya rancang untuk buat Umrah.

“Namun, Tan Sri (bapa mertua) beritahu saya dia boleh delay tarikh Umrah dari 20 Januari ke 27 Januari dan mahu saya selesaikan kerja saya sebelum ke tanah suci,” katanya kepada murai.com.my

Noh ditemui selepas pengumuman tema Game On untuk AJL 28 di Hotel Empire Subang, semalam.  Lagu Noh danAizat Amadan iaitu In Love With You tersenarai sebagai 12 finalis yang akan berentap di AJL 28.

Pun begitu, Noh berkata dia akan memberatkan persiapan Umrah berbanding AJL 28 , namun masih bertangungjawab untuk melaksanakan kedua-duanya dengan sempurna.

“Buat masa sekarang ini saya perlu buat dua persiapan lah,Tapi pada saya AJL adalah merupakan pertandingan muzik dan muzik sepatutnya kita boleh buat dengan rileks dan tenang tanpa rasa terlalu beban.

“Selebihnya saya akan buat persiapan untuk ibadah Umrah saya. Saya gembira kerana dapat menunaikan Umrah bersama isteri dan keluarga dua-dua belah pihak,” jelasnya lagi.

Noh dan isterinya, Mizz Nina baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers