Pencetus Ummah : Siapakah Yang Bakal Bergelar Juara?
Setelah tujuh minggu mengharungi pelbagai cabaran, kini detik yang ditunggu telah tiba bagi empat finalis program realiti islamik, Pencetus Ummah untuk merebut gelaran juara.
Keempat-empat finalis tersebut adalah PU Rahmat, PU Yeop, PU Shahul dan PU Hafiz.
Terdapat dua cabaran yang bakal diharungi oleh mereka dan cabaran tersebut adalah merujuk kepada dua tajuk yang diberikan juri iaitu ‘Cinta Rasul’ dan juga empat tajuk tugasan yang diperoleh peserta melalui cabutan undian.
Nampaknya persaingan sengit bakal tercetus pada malam ini memandangkan keempat-empat peserta ini bukan calang-calang apabila mereka sering diberi pujian yang baik oleh juri.
Siapakah yang bakal bergelar juara? Mungkinkah akan ada kelaianan dari segi cara persembahan dan gaya mereka?
Program ini dihoskan oleh Dr. Ridhuan Tee dan para peserta akan diadili oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Ahmad Termizi dan Hj. Zulkifli Hamat selaku juri tetap.
Juara Pencetus Ummah bakal membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta. Naib juara pula akan menerima wang tunai berjumlah RM30,00 manakala bagi tempat ketiga dan keempat akan membawa pulang wang sagu hati bernilai RM10,000 setiap seorang.
Apa-apapun semua teka-teki akan terjawab di Mimbar akhir Pencetus Ummah yang akan bersiaran secara langsung pada harini (Khamis), jam 9 malam di Kolej Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang dan ditayangkan di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.