BESUT, 20 Mei (Bernama) -- Sejak didaftarkan 40 tahun lalu, Koperasi Guru-Guru Melayu Besut Berhad telah mencatatkan pelbagai kejayaan tersendiri hingga mampu mempunyai aset bernilai lebih RM9 juta.
Pengerusinya Abdul Rashid Awang berkata selain terbabit dalam projek perumahan, koperasi juga kini memiliki dua bangunan perniagaan termasuk Wisma Koperasi Besut di Kampung Nyior Tujuh, Jerteh.
Ia dibina dengan hasil modal pusingan RM2.2 juta dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus pada Sabtu lepas.
"Dengan dibantu oleh SKM, koperasi ini semakin bertambah maju dan berdaya saing bersama koperasi-koperasi yang lebih besar terutamanya di negeri-negeri pantai timur," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Katanya, koperasi tersebut yang dianggotai 2,509 guru di Besut bakal menceburi bidang perniagaan lebih kompetitif termasuk menjalankan projek hartanah untuk kebajikan para ahlinya.
Menurutnya, koperasi juga kini telah memulakan bidang peruncitan dengan membuka kedai-kedai koperasi peruncitan, KOOP-MART dengan dibantu SKM.
Sehubungan itu, beliau berharap para ahlinya dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dan mengalu-alukan mereka untuk menambah saham bagi memastikan pulangan lebih lumayan melalui dividen tahunan.
-- BERNAMA
koperasi yang tulen dan jujur perlu mencari jalan menjana keuntungan dan membayar dividen yang adil.bukan pihak pengurusan saja yang kaut.
ReplyDeleteyang itu sepatutnya yang berlaku, tapi kebanyakkan dan bukan semua la kan, yang terjadi pihak pengurusan yang sapu dulu keuntungan. nak melabur dalam koperasi pun skang nie kena hati-hati dah.
Delete