Zed Zaidi: Fizz Fairuz Ada Minta Nasihat Saya


Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Ada, Minta, Nasihat, Saya, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Meskipun menganggap Seniman sebagai tidak layak mencampuri urusan peribadi pelakon Fizz Fairuz, namun presidennya, Zed Zaidi akui aktor tersebut ada meminta nasihat dan pandangan daripadanya mengenai kemelut yang berlaku di antara dia dengan bekas tunangnya Azlyn Massiela.

Zed Zaidi berkata tiada apa yang boleh dibantu selain memberi serba-sedikit nasihat yang perlu dalam menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi oleh Fizz Fairuz.

"Sebenarnya ini hal peribadi dan sebagai Presiden Seniman, saya tidak layak untuk mencampuri urusannya. Bagaimana pun, Fizz sendiri ada meminta nasihat daripada saya untuk bertanyakan masalah yang dihadapi.

"Apa yang boleh saya boleh katakan, Fizz perlulah banyak-banyak bersabar dan bermuhasabah diri. Saya harap ianya memberi pengajaran kepadanya dan artis lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta.

"Namun saya percaya apa yang berlaku mungkin ada hikmah buatnya dan mana tau ada perkara yang lebih baik pula berlaku kepadanya selepas ini," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Zed Zaidi diminta mengulas mengenai kemelut yang berlaku terhadap Fizz yang juga ahli Seniman iaitu persatuan yang dikelolakannya.

Menurut Zed lagi, apa yang berlaku terhadap Fizz diharap menjadi pengajaran kepada artis lain supaya bijak berkomunikasi dalam apa jua situasi.

"Fizz sepatutnya perlu berhati-hati dalam bab bercinta ini. Dia sepatutnya tidak boleh terlalu exposed mengenai hubungan cintanya, cukuplah kalau orang tahu mereka bercinta. Bukan apa, jika terlalu exposed mengenai kisah peribadi ia akan mendatangkan pelbagai kesan serta akibat yang buruk kepada artis tersebut

"Secara peribadinya, bagi saya apa yang berlaku terhadap Fizz adalah masalah komunikasi dan saya harap ianya akan memberi pengajaran kepada artis lain," jelasnya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers