Jeslina Hashim Tak Jadi Cerai Sebab Tak Suci


Jeslina Hashim, Tak, Jadi, Cerai, Sebab, Tak, Suci, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Penyanyi lagu Ku Intai CInta Dalam Rahsia, Jeslina Hashim,35, yang dilaporkan bakal sah bercerai pagi tadi terpaksa menangguhkan hasrat itu ekoran dia dalam keadaan tidak suci (haid), menurut portal MStar.

Malah, kes penceraian Jeslina bersama suaminya Dion Andrew Vercoe, 40, diarahkan Hakim Syarie, Asrul Azlan Embong untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam yang mewakili Dion memberitahu pihaknya turut memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM150,000 dan hak penjagaan anak secara bersama dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

"Pihak kami telah melampirkan perjanjian kedudukan selepas penceraian mereka berhubung tuntutan mutaah, penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui, nafkah dan sebagainya.

"Permohonan sebutan di Mahkamah Tinggi juga telah dibuat pada 18 Februari lalu dan masih menanti tarikh perbicaraan," jelas peguam syarie Hafiz Abdul Rashid.

Mohd Hafiz turut memberitahu pasangan itu sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu selain dua anak mereka kini dijaga oleh Dion.

Dalam pada itu, Jeslina yang ketika ditemui wartawan berkata, proses penceraian itu berjalan dengan baik namun enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

"Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi," jawabnya ringkas.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers