Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Penyanyi, Dayang Nurfaizah, 32, akui sehingga kini dia belum pernah bercinta atau mempunyai kekasih disebabkan terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Malah, Dayang Nurfaizah berkata setiap wanita perlu ada sikap memilih dalam mencari pasangan hidup demi masa depan yang akan dibina.
"Terus-terang sehingga kini, saya masih belum ada kekasih dan kerana sibuk membina kerjaya. Pasti ramai yang tidak percaya, tetapi inilah hakikatnya.
"Saya sendiri tidak tahu mengapa sehingga kini saya masih lagi tidak mempunyai kekasih. Tapi saya akui saya agak memilih kerana saya percaya setiap wanita ada hak untuk memilih pasangan hidupnya.
"Walaupun memilih, tetapi saya tidak meletak kriteria tertentu untuk menjadi kekasih atau pasangan hidup saya kerana tidak mahu disebabkan ciri-ciri yang saya mahu itu saya menolak yang lain," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Tribute P.Ramlee.
Selain mengaku memilih dalam mencari pasangan hidup, pelatun lagu Dayang Sayang Kamu itu berkata dia menjadi takut dan fobia untuk memulakan perkenalan dengan mana-mana lelaki kerana tidak mahu gosip atau kontroversi menjejaskan kerjayanya.
"Tak tahulah, saya sebenarnya tidak pernah berkawan atau berkenalan dengan mana-mana lelaki, mungkin kerana saya ini jarang bersosial atau bergaul dengan kawan baru.
"Tambahan pula, saya akui takut untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki kerana tidak mahu timbulnya gosip dan kontroversi liar yang boleh menjejaskan karrier saya.
"Apa yang paling utama sekarang adalah karier dan keluarga jadi jika ada perkara yang boleh menjejaskannya, saya lebih awal mengelak kerana bukan mudah untuk bina kerjaya sehingga ke tahap saya sekarang," jelasnyanya lagi.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Dayang memberitahu dia sedang mengumpul material untuk album terbarunya.
"Saya baru sahaja keluar dengan sebuah album yang merakamkan konsert Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah Live at Dewan Philharmonik Petronas tahun lalu.
"Selain album kolaborasi ini, saya sedang mengumpul material untuk album baru saya sedikit demi sedikit dan mengalu-alukan komposer dan pencipta lagu untuk menyumbangkan lagu kepada saya," tambahnya lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.