Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Penerbit filem Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai akui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Zul Ariffin sejak 9 bulan yang lalu.
Malah, Gayatri berkata, dia terharu dengan tindakan Zul yang terlebih dahulu mengaku hubungan cinta mereka tanpa selindung kepada media.
"Saya terharu dengan tindakan Zul yang mengaku cintakan saya kepada umum. Saya sangat hargai dengan apa yang dilakukannya itu. Ya, memang benar Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.
"Sebelum ini, saya bukan melarikan diri atau berselindung mengenai hubungan ini. Cuma ketika itu, bukan waktu yang sesuai untuk menceritakan kisah cinta kami," katanya kepada murai.com.my yang ditemui di Majlis Tayangan Media Lawak Ke Der 2, di Cineplex e@Curve Cineleisure, baru-baru ini.
Zul sekali lagi memilih wanita lebih berusia daripadanya sebagai kekasih selepas Abby Abadi. Namun dalam kenyataanya kepada media sebelum ini, dia akui tidak mengambil kira mengenai hal itu.
Begitu juga dengan Gayatri yang memberitahu bahawa jarak usianya yang lebih tua daripada Zul bukan penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan cinta.
"Mengenai usia, saya tidak pernah memikirkannya. Malah, saya dapati Zul mempunyai pemikiran yang matang. Lagipun yang penting kami serasi dan usia bukanlah masalah yang besar.
"Bagi saya, selain matang, Zul juga seorang lelaki yang baik dan kelakar. Dia antara orang yang selalu ada untuk menyokong dan tenangkan saya dalam apa jua keadaan," jelasnya yang sudah pun membawa Zul berjumpa dengan keluarganya.
Menjawab mengenai pandangan pihak luar yang melihat hubungan mereka telah memberi peluang yang mudah untuk Zul mendapatkan kontrak lakonan daripada syarikatnya, Gayatri sama sekali tidak bersetuju mengenai hal tersebut.
"Saya tidak mencampurkan urusuan peribadi dan kerja. Jadi, tiada sebarang kompromi kerana ianya dua perkara yang berbeza. Dan saya serta Zul faham isitilah profesional yang wujud di antara kami.
"Bahkan, rasanya lagi sukar untuk dia dapat tawaran daripada Tayangan Unggul kerana syarikat mempunyai prosedur yang sangat ketat dalam memilih pelakon yang membintang produk filem yang kami terbitkan," tegasnya lagi.
Cinta dan perkenalan Gayatri dan Zul mula berputik selepas Zul menjalani penggambaran filem produksi, Penanggal yang merupakan terbitan TUSB.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.