KesSahNya: Kekasih Yuna VS Sharnaaz VS Siti Fazurina

KesSahNya, Kekasih, Yuna, VS, Sharnaaz, Siti Fazurina, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Dua minggu KesSahNya tidak bersiaran, kali ini muncul dengan cerita yang lebih panas dan tampil dengan kelainan apabila tidak lagi bersama Ajieb sebagai hos tetapi bersama Syafiqah Jalal. Tetapi ke mana Ajieb? Semuanya akan terjawab dalam KesSahNya minggu ini.

Apa yang pastinya, sepanjang dua minggu lalu cerita-cerita panas di Murai tetap diteruskan dan nampaknya kisah kekasih penyanyi Yunalis Zarai, pelakon Sharnaaz Ahmad dan Siti Fazurina antara menjadi perhatian pembaca.

Siapa tidak kenal dengan lelaki yang selalu dikaitkan dengan Yuna iaitu Jules. Lelaki Mat Salleh yang difahamkan jurugambar rasmi Yuna itu berada di Malaysia ketika dia dikatakan sedang menempah baju di butik Hatta Dolmat bersama Ibu Yuna. Buat Persiapan kahwin ker?

Selain itu, Sharnaaz masih lagi menjadi topik bualan utama awal 2 minggu lalu apabila tidak mahu memberi komen mengenai perpisahannya dengan Shila Amzah.

Selepas menimbulkan kontroversi dengan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga, pakaian pelakon Siti Fazurina pula dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya itu menjadi perhatian pembaca minggu lalu.

Sementara itu, menerusi segmen Seleb VS GengMurai pula, pelakon, Fizz Fairuz menjadi pilihan melalui artikel Fizz Fairuz Hanya Anggap Almy Nadia Kawan?

Kenyataan Fizz itu telah membuat ramai peminat dan pembaca berang sehingga meninggalkan komen-komen berbaur kemarahan.

Ketahui segala jawapan ini dengan menonton KesSahNya yang menampilkan Syafiqah Jalal sebagai pengacara.

Seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan gosip terkini mengenai artis tempatan, hantarkan maklumat tersebut ke emel beralamat Syafiqah_jalal@astro.com.my



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers