iskandarX Society Sukan - SUKMA: Tiga Rekod Temasya SUKMA Ke-15 Diperbaharui Di Kolam Renang



KUANTAN, 8 Julai (Bernama) -- Sebanyak tiga rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15, Pahang lebur sebaik acara akuatik membuka tirainya di Kompleks Akuatik Wisma Belia, Indera Mahkota, di sini, Ahad.






Perenang Selangor, Caroline Chan membuat kejutan apabila berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan masa terbaiknya 30.34s bagi acara 50m kuak lentang wanita. Beliau berjaya memadam rekod milik Chui Lai Kwan iaitu 30.39s.


Caroline mengatasi dua perenang dari Wilayah Persekutuan, Chan Kah Yan yang mencipta masa 30.35s dan Tan Rou Ying dengan masa 31.89s.


"Saya telah membuat persediaan sejak dua tahun lepas, memang saya sasar untuk dapat pingat emas hari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat.


Sementara itu, dua perenang yang berjaya memecah rekod kebangsaan adalah atlet elit negara Christina Loh dan Ian James Barr, masing-masing dalam acara 100m kuak dada wanita dan 50m kuak lentang lelaki.


Christina mewakili Wilayah Persekutuan mencipta rekod apabila mencatat masa 1 minit 12.41 saat berbeza dengan catatan masa sebelum ini iaitu 1:12.45s yang dicipta oleh Erika Kong.


Christina telah menewaskan dua perenang dari Selangor, Phee Jing En dengan catatan masa 1:14.99s manakala tempat ketiga milik Nadia Adrianna Redza, dengan catatan masa 1:15.26s


Perenang elit negara, Ian mencipta rekod dengan catatan masa 26.86s iaitu memecah rekod peribadinya, 27.08s sebelum ini.


Ian yang mewakili Wilayah Persekutuan telah mengatasi perenang dari Sabah, Randall Pan Vui dengan catatan masa 27.85s manakala tempat ketiga menjadi milik perenang Wilayah Persekutuan Andrew Loh Weng dengan catatan masa 28.23s.


-- BERNAMA


Tahniah dan syabas kepada atlit kita kena berjaya perbaharui rekod masing-masing, dari takok lama ke makam yang baru. Aku suka tengok acara renang berirama. Korang suka tengok sukan apa pula?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers