iskandarX Society Hiburan - Aisha Masnamimi Juara Bintang RTM 2012



KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Peserta dari Kuantan, Pahang, Aisha Masnamimi Safie @ Shafie muncul juara Pertandingan Bintang RTM 2012 selepas menewaskan lima peserta lain di Auditorium Perdana Angkasapuri Ahad.






Aisha, 23, yang mendendangkan dua buah lagu iaitu 'Kisah Hati' dan 'Fantasia' membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai RM20,000 selain trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan yang disampaikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Selain itu, Aisah merangkul anugerah Bintang Paling Popular yang menawarkan wang tunai RM5,000 serta trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan.


Tempat kedua dimenangi Fitri Hakim Omar Walid ,19, dari Perak manakala tempat ketiga oleh Mohd Hafsyam Noordin, 25.


Turut hadir isteri Rais, Datin Seri Maznah Rais serta Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Salleh Tun Said Keruak.


-- BERNAMA


Tahniah kepada Aisha kerana menang bertanding, dapat RM5000 lagi, so jangan lupa bayar zakat RM50 hinggit aja ok? Baru berkat dengan memabyar ZAKAT.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers