iskandarX Society Tempatan - Pendaratan Penyu Agar Meningkat Di Pahang Tahun Ini

CHERATING, 9 Julai (Bernama) -- Pendaratan penyu jenis Agar, antara spesies penyu yang diancam kepupusan, di sekitar kawasan pusat peranginan di sini meningkat setakat Jun tahun ini berbanding sepanjang tahun lepas.






Ketua Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Pahang, Abdul Karim Mohd Shah berkata 158 pendaratan direkodkan sehingga Jun tahun ini berbanding 176 pendaratan sepanjang tahun lepas.


Ia dijangka melepasi rekod tahun lepas apabila berakhirnya musim penyu mendarat pada September nanti, katanya.


"Jika jumlah pendaratan terus meningkat,saya percaya haiwan ini tidak lagi berdepan dengan ancaman kepupusan," katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.


Abdul Karim berkata hasil usaha pusat santuari itu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berganding bahu menyelamatkan penyu dari terus pupus wajar disokong oleh semua pihak terutamanya rakyat di negara ini sendiri.


-- BERNAMA


Bagi yang suka makan telur penyu tu, kurang-kurangkanlah makan yerk? kesian pada penyu nie dah la nak pupus dah pun dorang nie, so kalau nak juga makan apa kata bantu Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Pahang dengan sumbangan agar dorang boleh membuat tempat serta beli teknologi pembiakan penyu nie besar-besaran, ok tak?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers