iskandarX Society Politik - Timbalan Pengerusi Tetap Muslimat PAS Kelantan Angkat Sumpah Senator

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan Khairiah Mohamed hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.



Khairiah, 38, yang juga Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan Majlis Perbandaran Kota Bharu, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Pelantikan Khairiah diusul Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi yang tamat tempoh perkhidmatan.


Dalam ucapannya pada majlis itu di Dewan Negara di sini, Abu Zahar mengingatkan anggota Dewan Negara supaya berusaha memahami, menghayati, mempertahankan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.


Beliau juga menasihati mereka supaya tidak beremosi dan tidak sesekali melanggar serta mengingkari sumpah setia yang telah dilafaz demi kepentingan rakyat.


-- BERNAMA

Setahu aku dalam Islam, Muslimat tak boleh jadi penaung atau ketua, atau pemimpin, atau tentera kenapa? Pi mengaji balik baru kita sembang ok? Zaman sahabat pun wanita hanya menjadi medic dan bukannya pejuang tempur.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers