iskandarX Society Jenayah - Wanita Warga India Ditemui Mati Tergantung

GEORGE TOWN, 9 Julai (Bernama) -- Seorang pembantu rumah warga India ditemui mati dalam keadaan tergantung di kipas siling rumah majikannya di Lengkok Pemancar Gelugor di sini, Ahad malam.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, majikan wanita terbabit berada di Kuala Lumpur.


"Difahamkan dokumen pengenalan diri mangsa berusia 40-an itu berada pada majikannya dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.


Gan berkata ia adalah kes kedua seumpama itu melibatkan pembantu rumah warga India di daerah ini.


Katanya polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, dan mayat wanita terbabit dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


-- BERNAMA


Apa nak jadi lah dengan manusia sekarang nie masalah sikit bunuh diri, masalah sikit bunuh diri, padahal bila dia bunuh diri tu menyusahkan orang lain pulak dia tak tau, nak uruskan mayat dia. Korang ingat ringgan ker mayat yang bunuh diri nie? Jadi kes dalam negeri aku pulak tuw. isk isk isk

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers