iskandarX Society Tempatan - Lebih 80,000 Usahawan Siswazah/Belia Dapat Kemudahan Pinjaman TEKUN Sejak 2010



SUNGAI PETANI, 9 Julai (Bernama) -- Lebih 80,000 siswazah dan usahawan niaga belia mendapat kemudahan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi memulakan perniagaan sejak skim bagi golongan itu diperkenal pada 2010.






Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Datuk Abdul Rahim Abdul Aziz berkata jumlah tersebut jelas membuktikan bahawa semakin ramai siswazah dan golongan muda yang menceburkan diri dan berjaya dalam bidang usaha niaga.


"Kini mereka semakin yakin bahawa berniaga sendiri adalah lebih baik daripada bekerja di sektor kerajaan dan swasta khususnya makan gaji," katanya kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN Parlimen Sungai Petani di Tikam Batu dekat sini.


Beliau berkata Skim Program Pembangunan Siswazah di bawah TEKUN berjaya menarik lebih ramai siswazah kerana mereka lazimnya tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan.


"Polisi pinjaman TEKUN berbeza dengan perbankan komersial dan lazimnya kalangan siswazah yang baru keluar daripada institusi pengajian tinggi kesuntukan modal dan TEKUN memang menjadi pelengkap kepada mereka yang benar-benar bercita-cita menjadi usahawan," katanya.


-- BERNAMA


Biar betul la TEKUN nie, aku siap pergi dia punya kursus 3 kali dah, 3 sijil dah ada bila aku apply pinjaman haram tak pernah dapat pun. Apa? Peniaga Melayu macam aku yang baru nak naik tak layak ka meminjam? Asal dengar saja peniaga tu bangsa Melayu, terus reject. Memang best la TEKUN, wa salute lu!!!!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers