iskandarX Society Politik - Salah Guna Media Baru Jejas Pergaulan Generasi Muda



KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kemunculan media baru seperti laman sosial Facebook, Twitter dan blog jika tidak terkawal dan disalah guna, boleh menyebabkan pergaulan di kalangan masyarakat semakin terhad, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Che Azemi Haron.






Beliau berkata masyarakat kini juga lebih terkongkong dengan media baru sehingga kadangkala menyebabkan pengguna, terutama golongan muda, mudah terpengaruh dengan penulisan yang diolahnya.


"Kadangkala olahan mereka itu menarik, walaupun fakta tidak betul tapi dengan penonjolan bukti yang direka, ia nampak macam betul, jadi kita nak generasi muda hindarkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Jom Generasi Y!: Stand As One' anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini.


Azemi juga berkata penggunaan media baru secara betul akan memberi banyak manfaat kepada pengguna kerana membolehkan orang ramai bertukar pandangan selain menghimpunkan lebih ramai kenalan.


"Jadi, janganlah gunakan Facebook, Twitter dan sebagainya untuk menghentam individu lain kerana ia tak membawa manfaat," katanya.


-- BERNAMA


Aku nak tanya korang, sekarang nie kita hidup dan tinggal dalam negara demokrasi kan? Betul atau tidak? So kenapa kebebasan bersuara disekat, dimarahi, diwarning? Suka hati lah nak guna Social Network whatever pun, apa yang ditakutkan kalau betul korang disayangi rakyat, kenapa perlu takut dengan suara bebas?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers