iskandarX Society Sukan - SUKMA: Selangor Masih Dahului Kutipan Pingat



KUANTAN, 8 Julai (Bernama) -- Selangor terus mendahului kontinjen lain dalam kutipan pingat pada hari kelapan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 setelah berjaya mengumpul 10 pingat emas, lapan perak dan 10 gangsa.






Sarawak kekal menduduki tangga kedua kutipan keseluruhan pingat dengan tujuh emas, tiga perak dan tujuh gangsa.


Pulau Pinang di tangga ketiga dengan mengumpul enam pingat emas dan empat pingat gangsa.


Selangor berjaya mengutip tiga daripada 10 pingat emas yang ditawarkan dalam sukan akuatik hari ini menerusi acara 50m kuak lentang wanita, 200m gaya bebas lelaki dan acara 3m papan anjal lelaki.


Bagi acara gimnastik yang bermula hari ini, pingat emas bagi kategori lelaki berpasukan menjadi milik pasukan Pulau Pinang dengan kutipan mata keseluruhan 305,45 mata, pingat perak milik Selangor dengan kutipan 298.65 mata dan gangsa pula menjadi milik Terengganu dengan kutipan 290.60 mata.


Pada Isnin, acara bagi sukan menembak, angkat berat, silat dan tenpin boling membuka tirai bagi rebutan pingat.


-- BERNAMA


Biar betul Selangor dok kutip pingat banyak macam tahun 90-an dulu? Tak boleh jadi nie apa dah jadi dengan negeri-negeri lain? Takkan takut kot? Fight for your right!!!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers