iskandarX Society Politik - PBANK Beri Sumbangan Kepada 500 Keluarga Miskin Sempena Ramadan

ALOR SETAR, 9 Julai (Bernama) -- Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) memperuntukkan kira-kira RM150,000 bagi menyediakan keperluan menyambut Ramadan dan Aidilfitri kepada 500 keluarga kurang berkemampuan di 10 daerah di Kedah.






Naib Yang Dipertua persatuan, Syed Shaharudi Syed Abdullah berkata program tahunan itu bertujuan membantu golongan tersebut menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih sempurna.


"Ini adalah usaha PBANK untuk membantu rakyat Kedah," katanya kepada pemberita selepas penyampaian tersebut yang disempurna Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, yang juga Yang Dipertua PBANK, di sini pada Ahad.


Pada majlis itu, PBANK memberi barangan keperluan harian termasuk beras, sejadah, kain pelekat, kain batik dan wang tunai. PBANK turut menyerahkan kunci rumah kepada dua keluarga miskin dari daerah Sik dan Baling.


"Kita pilih dua daerah yang agak mundur di Kedah dan meminta pegawai daerah mencari keluraga yang miskin dan hidup dalam kedaifan bagi membantu mereka memiliki rumah yang lebih sempurna," Syed Shaharudi.


-- BERNAMA


Terima kasih kepada PBANK kerana prihatin terhadap penduduk yang dilanda krisis kewangan sejak dua menjak ini dan terima kasih sekali lagi kepada PBANK semoga dirahmati Allah S.W.T selalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers