iskandarX Society Politk - BN Kedah Pertahan Ketua Pemuda Gerakan Walaupun Terima Ugutan OSA

ALOR SETAR, 9 Julai (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada Isnin tampil mempertahankan Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang yang diugut dengan tindakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan Kedah kerana sering mendedahkan kepincangan dasar kerajaan negeri.



Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan rekaan atau fitnah.


"BN akan terus membawa satu demi satu kelemahan tadbir urus PAS Kedah supaya masyarakat dapat menilai keupayaan PAS untuk menjadi sebuah kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang bercadang mengambil tindakan OSA terhadap Tan berikutan pendedahan beliau berkaitan peraturan baru perumahan yang bakal diperkenal di negeri ini.


Katanya pemimpin BN menyuarakan kepentingan rakyat apabila mengeluarkan sesuatu isu dan daripada isu berkenaan rakyat mahu melihat jawapan kerajaan negeri, bukannya satu ugutan terhadap "pembawa mesej".


-- BERNAMA


Sepatutnya Datuk tak perlu mempertahankan sesiapa pun bila kata kerajaan ingin mengambil tindakan OSA sekalipun, Takperlu pertahan bagi sesiapapun yang bertindak membocor serta mendedahkan rahsia dalaman kerajaan. Berbaloikah kita membela duri dalam daging Datuk?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers