iskandarX Society Politik - Shabery Anggap Laporan Beliau Bakal Ganti MB Terengganu Cubaan Pecah-Belahkan Parti

KEMAMAN, 30 Jun (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.








Katanya beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.


"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata Anggota Parlimen Kemaman itu.


"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno," katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily mengenai rancangan itu.


Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.


Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon Menteri Besar Terengganu adalah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.


-- BERNAMA


Kenapa perlu ada propaganda serta adu-domba untuk memenangi kuasa? Inilah acuan yang Yahudi cipta untuk memecahkan Kelompok Manusia Agong (MELAYU) kerana kekuatan kita pada zaman dulu hingga sekarang adalah bersatu padu dan taat setia pada yang satu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers