iskandarX Society Politik - Gerakan Sasar Tiga Kerusi Parlimen Dan Empat Kerusi DUN Di Perak

IPOH, 1 Julai (Bernama) -- Parti Gerakan negeri Perak akan memberi tumpuan kepada tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata pengerusinya Datuk Chang Ko Youn.






Kerusi Parlimen tersebut ialah Taiping, Beruas dan Teluk Intan manakala kerusi DUN ialah Aulong, Canning, Jalong dan Kuala Sepetang, katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri parti itu di sini hari ini.


Chang, yang juga Timbalan Presiden Gerakan, berkata beliau berpuashati dengan jentera pilihan raya parti itu yang melakukan tugasan masing-masing di peringkat cawangan dan bahagian


Mengenai calon untuk bertanding bagi kerusi berkenaan, beliau berkata senarai nama itu diteliti oleh Jawatankuasa Pusat parti itu dan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) untuk membuat penilaian.


-- BERNAMA


Yang nie yang perlu kita risaukan bukan berperang sesama sendiri. Jaga Agama Islam sebagai agama rasmi, martabat negara, kedaulatan undang-undang daripada dicemari dikotori oleh penjajah serta duri dalam daging.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers