KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berharap Pendaftar Pertubuhan (ROS) dapat menyelesaikan segera isu berhubung siapa sebenarnya presiden parti itu.
Beliau berkata ia bagi membolehkan 'pengurusan baru' KITA merancang perjalanan aktiviti dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Setakat ini, perkara ini masih lagi dalam siasatan ROS dan tiga minggu lalu, saya telah ditemu bual oleh pegawai ROS di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Kedah berhubung kenyataan saya pada 24 Feb lepas.
"Saya berharap agar ia diselesaikan dengan cepat dan jika saya disahkan menjadi ketua parti KITA oleh ROS, saya bersama-sama pengurusan baru parti akan bermesyuarat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.
Pada 24 Feb lepas, Zamil membuat laporan polis kerana mendakwa pemecatannya tidak sah dan berlaku penipuan amanah dalam parti itu.
-- BERNAMA
Kenapakah perlu ada publisiti tentang kepincangan parti kepada umum? Ini masalah dalaman patutnya diselelsaikan secara tertutup, nampak sangat banyak orang yang mulut bocor sampaikan media boleh tahu naik turun, pasang surut sesuatu pertubuhan.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.