iskandarX Society Politik - Anwar Harus Segera Bersara, Tidak Perlu Tunggu PRU - Shafie

KOTA MARUDU, 9 Julai (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk bersara dari dunia politik.







Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya rakyat negara ini tidak bergantung hanya kepada seorang individu bagi membela masa depan mereka.


"Saya yakin rakyat Malaysia khususnya Sabah lebih percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Anwar dan jika dia mahu bersara tidak perlu tunggu sehingga selepas pilihan raya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Moginakan Kimaragang peringkat negeri Sabah anjuran Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu di Kampung Samparita, Ulu Bengkoka, kira-kira 30 kilometer dari pekan Kota Marudu di sini Isnin.


Beliau diminta mengulas mengenai wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13 dan akan kembali mengajar.
-- BERNAMA


Memang patut pun Anwar nie bersara, dah la sejarah Melayu pun fail, taklayak nak memimpiin dalam tanah air MELAYU. Lu ada paham ka Anwar? Malaysia Milik MELAYU. Lain kali belajar sejarah keturunan Melayu dulu baru berpolik ok? Melayu Wujud dah 1000 Tahun!!!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers