iskandarX Society Selebriti - Rita-Aidil Dinasihat Selesai Kemelut Cara Baik

PETALING JAYA, 10 JULAI 2012: Kemelut rumah tangga yang melanda pasangan kontroversi, pelakon Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Razak masih belum berakhir apabila mereka berdua sekali lagi hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk prosiding kes permohonan perintah kembali taat yang dikemukakan Aidil Zafuan selaku plaintif terhadap isterinya itu.





Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun menasihatkan pasangan ini supaya menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik sambil berkata mereka harus contoh yang baik kepada masyarakat kerana kedua-duanya dikenali ramai.


"Mahkamah harap supaya kes ini dapat diselesaikan secara baik. Kalau tidak boleh hidup bersama lagi, lebih baik bercerai secara baik.


"Bagi contoh yang baik kepada masyarakat kerana pihak-pihak dikenali ramai. Semoga berkat bulan Ramadan nanti ada penyelesaian," kata Hakim tersebut menerusi petikan akhbar Harian Metro hari ini.


Terdahulu pada prosiding semalam, peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Aidil Zafuan memaklumkan kepada mahkamah pihaknya sudah menerima bantahan awal daripada Rita selaku defendan dan memerlukan masa 14 hari untuk menjawab bantahan awal itu.


Manakala Rita yang diwakili peguam Syarie Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan kepada mahkamah, anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan Aidil menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing.


"Sebelum ini kita juga sudah membuat satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JPK) yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak tetapi pihak plaintif menarik balik kerana tidak jadi untuk bercerai dengan defendan.


"Bagaimanapun pihak anak guam saya sangat terbuka dengan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut ini dan berharap pihak plaintif akan bersetuju dan memberikan komitmen," kata Mohd Zaidi.


Membalas kenyataan tersebut, peguam Aidil berkata, perbincangan itu boleh dilakukan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membincangkan masalah mereka secara keseluruhan dan bukannya tertumpu kepada tuntutan yang dibuat sahaja.


Aidil bagaimanapun tidak hadir pada sebutan tersebut kerana tidak dapat pelepasan kerana terikat dengan latihan untuk menentang pasukan Arsenal pada 24 Julai depan.


Sebutan kes pasangan itu ditangguhkan pada 7 Ogos depan pukul 9.30 pagi.


Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.


Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.


Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.


Main-main jerk si Aidil nie, kejap nak bercerai kejap tidak, rasa nak sepak-sepak jerk muka dia, dah la kawin dengan artis kesayangan aku, macam siot jerr budak nie. Ala Rita kalau Aidil buat la hal kontek aku, ok? aku sedia menerima mu. Har har har.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers