KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2012: Pada Sabtu lepas telah berlangsungnya majlis persandingan buat pasangan yang sudah lebih kurang 7 bulan mendirikan rumah tangga iaitu Watie Elite dan pasangannya pelakon dan vokalis Exist, Joey Daud.
Majlis yang mengambil tempat di perkarangan Mydin Mall Subang Jaya itu bersempena dengan Festival Kerja Kahwin ke - 7 yang diadakan di pusat membeli belah tersebut.
Menariknya tentang persandingan kali ini, ia paling bermakna buat Watie atau nama sebenarnya Nurwati Sadali kerana ini merupakan persandingannya yang pertama.
"Mungkin ramai yang tidak tahu ini adalah persandingan pertama yang saya lalui sepanjang hidup selama 35 tahun. Perkahwinan sebelum ini saya tidak buat majlis persandingan dan yang terdahulu pada 1 Mei itu majlis saya bersama Azza.
"Jadi 7 Julai lalu merupakan majlis yang istimewa buat saya dan Joey kerana ini adalah persandingan pertama buat kami berdua.
"Kalau dulu berangan masa berlakon kalau ada adegan naik pelamin dan kali ini saya dapat rasa sendiri kerana majlis kali ini benar-benar berbeza dan bermakna dalam hidup kami berdua," ujar Watie mengenai hari bahagianya itu.
Kesemua ini bermula apabila pihak Festival Kerja Kahwin mencari lokasi bagi menjalankan karnival tersebut dan pihak Mydin mengenakan syarat supaya sebuah majlis perkahwinan sebenar diadakan pada malam kemuncak festival tersebut.
Sering menerima jemputan pengacaraan dan ativiti seni daripada Mydin, Watie telah ditawarkan untuk mengadakan majlis persandingannya bersama kolaborasi dengan Festival Kerja Kahwin dan Watie anggap ini adalah kurniaan rezeki daripada Allah.
"Saya ingin berterima kasih kepada pihak Mydin dan terutama sekali penganjur dan orang kuat Festival Kerja Kahwin kerana bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.
"Semua benda diuruskan mereka dan saya begitu terharu melihat bagaimana mereka mahu menjadikan majlis persandingan saya begitu lancar sekali, Alhamdulillah," tambahnya lagi.
Ditanyakan mengenai zuriat, Watie berkata dia terima setiap rezeki yang Allah kurniakan tetapi buat masa terdekat dia mahu fokus kepada kerjaya dahulu kerana sibuk. Tetapi jika diberikanNya dia terima dengan hati terbuka.
Watie dan Joey yang bernikah pada 22 Disember tahun lalu telah diraikan dalam majlis persandingan pada 1 Mei yang lalu bersama temannya Azza Elite yang turut sama melangsungkan pernikahan pada April lepas.
Majlis tersebut diadakan di kediaman rasmi Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.
Dia yang terus sibuk memenuhi tawaran berlakon disamping pernigaan yang diusahakannya bakal muncul dalam drama sempena Merdeka dan Hari Raya berjudul Lelaki.
Tak aku sangka hero jiwang nie, Joey akan bernikah juga dengan Hana(watie Elite). Semoga dirahmati Allah S.W.T selalu dan bahagia sehingga anak dan cucu.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.