iskandarX Society Hiburan - Caroline Gembira Mentornya, Ella Berkahwin!

KLANG, 9 JULAI 2012: Juara Mentor 6, Puteri Caroline Mohd Kamel atau Caroline yang juga protege Ratu Rock Ella, 46, mengakui gembira dan bersyukur apabila mentornya itu akhirnya berjaya menemui pasangan hidupnya serta mengakhiri zaman bujangnya bersama juruterbang Firefly, Azhar Ghazali, 32.





"Saya rasa pernikahan malam ini adalah sesuatu yang terindah buat dia (Ella). Dia pun sudah berusia tetapi akhirnya dia dapat juga seseorang yang betul-betul dia sayang.


"Walaupun terdapat beberapa halangan yang berlaku sepanjang majlis pernikahan ini, misalnya gangguan elektrik, namun majlis ini tetap dapat dilangsungkan dengan selamat serta sempurnanya.


"Bagi saya, Azhar seorang yang baik, penyayang serta penyabar. Dia juga cukup memahami Ella. Mereka memang sangat serasi bersama. Saya benar-benar gembira," katanya yang turut hadir di majlis pernikahan Ella di Telok Gadong, Klang pada malam Ahad lalu.


Ditanya apakah dia sudah mengenali Azhar sewaktu meneyrtai Mentor 6, Caroline berkata, dia tidak mengenali Azhar sedalamnya namun dia tahu bahawa Ella dan Azhar saling berkawan.


"Saya kenal dia begitu-begitu saja. Tapi, melalui pengamatan saya, Azhar memang baik dan cukup serasi buat Ella," katanya.


Dalam majlis pernikahan tersebut, Caroline turut membawakan lagu Ombak Rindu buat Ella dan Azhar.


Tahniah dan syabas di ucapkan kepada Ratu Rock Malaysia, Ella kerana berjaya membuktikan bahawa Ratu Rock juga boleh berkahwin. Jangan risau kak Ella kami sebagai peminat Rock Tanah Air akan tetap menyokong apapun pilihan kak Ella. Yeeaaahh terbanglah wahai rama-rama ku.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers