KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dr Mohamad Khir, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.
-- BERNAMA
Dah cukup tu Dr. dah nak berehat setelah lama berjuang dalam perjuangan politik, memang bagus dan bernas alasan Dr. kerana nak berehat dan bersama keluarga dari pada mengambil tahu hal orang lain yang perlu diutama kan dahulu ialah keluarga sendiri.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.