TERBARU!!! Sebanyak 500,000 penutup hidung dan mulut akan diedar di Sabah. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Sebanyak 500,000 penutup hidung dan mulut akan diedar di Sabah Sebanyak 500,000 penutup hidung dan mulut akan diedarkan ke setiap daerah di Sabah dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata pengagihan akan diselaraskan oleh Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri melalui Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Ahli Parlimen dan Adun kemudian akan mengagihkan kepada para petugas barisan hadapan, keluarga berpendapatan rendah dan murid-murid sekolah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Maximus berkata kira-kira 2.52 juta penutup hidung dan mulut dari kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada kerajaan negeri bulan lepas bagi tujuan pengagihan ke daerah-daerah di seluruh Sabah.
Beliau turut menasihati orang ramai memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam terutamanya di tempat yang sesak untuk mengelak sebarang kemungkinan penularan virus COVID-19.
"Dengan adanya rasa tanggungjawab dan sokongan semua, kita akan dapat mengatasi wabak ini," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.