TERBARU!!! Lebih 1.2 juta muat turun aplikasi Gerak Malaysia - Bukit Aman. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Lebih 1.2 juta muat turun aplikasi Gerak Malaysia - Bukit Aman. Lebih 1.2 juta individu telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia bagi melakukan pergerakan rentas negeri sehingga 12 tengah hari ini.

TERBARU!!! Lebih 1.2 juta muat turun aplikasi Gerak Malaysia - Bukit Aman. Lebih 1.2 juta individu telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia bagi melakukan pergerakan rentas negeri sehingga 12 tengah hari ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata daripada jumlah itu sebanyak 503,276 individu telah memohon permit berkenaan sejak 25 April lepas.

Beliau berkata orang ramai diminta untuk mengemas kini maklumat terkini menerusi aplikasi itu bagi melancarkan proses pergerakan rentas negeri.

"Aplikasi ini telah dinaik taraf ke versi 2.0 dengan membolehkan orang ramai menetapkan perjalanan yang ingin dilakukan sebelum 6 Mei ini,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata perjalanan boleh dilakukan bermula 7 hingga 10 Mei mengikut hari dan negeri yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Al-Ishsal Ishak berkata aplikasi Gerak Malaysia versi 2.0 boleh mula dimuat turun bagi paparan kedua-dua jenis telefon bimbit.

"Pengguna Android sudah mula boleh mengemas kini aplikasi berkenaan menerusi Android Playstore manakala bagi pengguna iPhone boleh mengemas kini menerusi Apple Store.

"Versi terbaharu ini akan membolehkan orang ramai mengisi butiran tempat asal dan destinasi negeri yang akan mereka tuju," katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers