TERBARU!!! Penubuhan Majlis Media agenda penting buat media Malaysia. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Penubuhan Majlis Media agenda penting buat media Malaysia. Seiring kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang melonjak 22 anak tangga ke tempat 101 dalam kalangan 180 negara, penubuhan Majlis Media Malaysia kini dilihat menjadi agenda penting, buat pengamal media di negara ini.

TERBARU!!! Penubuhan Majlis Media agenda penting buat media Malaysia. Seiring kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang melonjak 22 anak tangga ke tempat 101 dalam kalangan 180 negara, penubuhan Majlis Media Malaysia kini dilihat menjadi agenda penting, buat pengamal media di negara ini.


Isu penubuhan Majlis Media Malaysia telah lama dibincangkan dalam kalangan pengamal media dengan kerajaan, namun seolah-olah terlalu banyak halangan untuk ia menjadi kenyataan.

Hakikatnya, Majlis Media Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai platform untuk memastikan kebebasan media di negara ini, tetapi dalam masa yang sama turut memastikan laporan berita oleh media dilakukan secara bertanggungjawab.

Pensyarah Kanan (Pakar Dasar Media) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhammad Adnan Pitchan berkata, beliau berharap kerajaan memastikan kebebasan media dalam negara sentiasa terjamin, dan penubuhan Majlis Media Malaysia akan membolehkan media, untuk bebas melaporkan sesuatu tanpa campur tangan pihak tertentu.

"Maksudnya, nanti kita (media) bebas untuk menulis apa yang berlaku dalam negara, kita nak menegur apabila berlakunya kesilapan, supaya boleh diperbaiki. Kalau media tidak boleh tegur, apa akan terjadi nanti?," katanya kepada Bernama.

Pada asasnya menurut cadangan daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI), Majlis Media Malaysia adalah sebuah majlis media yang meliputi seluruh media di negara ini, iaitu media cetak, media elektronik (penyiaran) dan media internet.

Secara amnya, Majlis Media Malaysia bertujuan untuk menjaga kepentingan akhbar dan media, sekali gus menjaga kepentingan negara.

Sementara itu, Muhammad Adnan berkata penubuhan badan itu bukan sahaja berfungsi untuk memperjuangkan kepentingan wartawan, tetapi juga melindungi orang awam.

"Maksudnya, jika orang awam tidak berpuas hati dengan cara liputan atau soalan yang diajukan (oleh wartawan) kerana boleh mengganggu sensitiviti individu, mereka boleh bawa aduan kepada Majlis Media Malaysia.

“Hal ini supaya Majlis Media Malaysia boleh siasat dan panggil wartawan itu atau agensi media berkenaan dan mereka akan bertindak secara neutral, kepada orang awam dengan orang media," katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik dan media sosial Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, penubuhan Majlis Media Malaysia akan meningkatkan lagi imej, kualiti, dan profesionalisme, industri media dalam negara.

"Majlis Media Malaysia antara lain akan memastikan fungsi media sosial diberi perhatian serius, mewujudkan sistem akauntabiliti media yang tersendiri, dan mengawal selia tafsiran berita tidak benar mengikut perspektif wartawan," katanya.

Selain itu menurutnya, perkembangan positif ranking negara dalam indeks kebebasan media RSF menunjukkan gambaran cara liputan pengamal media di Malaysia yang semakin baik.

“Nampak sangat persekitaran untuk wartawan kini jauh lebih santai dalam melaporkan berita, tapisan maklumat sendiri sudah berkurangan. Tetapi masih ada lagi amalan (tapisan) secara dalaman. 

“Media cetak kini menawarkan pelbagai sudut pandangan yang lebih lengkap dan seimbang, termasuk sokongan kepada kerajaan pakatan baharu dan sokongan kepada kerajaan pakatan lama, yang kini menjadi pembangkang,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan, media telah memainkan satu peranan yang amat penting dalam membendung penularan wabak COVID-19 apabila memainkan tanggungjawab sosial selaras dengan petugas barisan hadapan yang lain.

Menurutnya, pengorbanan pengamal media jelas dapat dilihat apabila mereka membuat liputan di beberapa lokasi, meskipun mengetahui tentang bahaya pandemik COVID-19, ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan pergerakan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers